Dengan rendah hati saya YB Yunus Jamhari akan melepaskan jawatan sebagai Ketua AMK Perak dan seterusnya membubarkan Jawatankuasa AMK Negeri sesi 2009 – 2010 bagi semua jawatan lantikan berkuatkuasa 1 Disember 2010. Tindakan ini diambil bagi memberi ruang kepada barisan pelapis dibawah umur 35 tahun memimpin AMK Negeri dan seterusnya fokus kepada persediaan menghadapi PRU 13.
Debat Calon Ketua AMK Pusat Platform Menilai Kualiti Kepimpinan
Telah terbit 8 September 2010 Uncategorized Leave a CommentSHAH ALAM 8 Sept – Program Debat Calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat yang akan diadakan 18 September depan dilihat sebagai platform bagi ahli sayap parti tersebut membuat penilaian mereka terhadap kualiti dan nilai bakal calon yang akan beradu nasib untuk merebut jawatan Ketua AMK Pusat. Debat anjuran badan bukan kerajaan, Ureka yang akan berlangsung 18 September depan di Taping, Perak memberi peluang kepada ahli AMK untuk mendengar idea calon terbabit berhubung falsafah perjuangan yang mereka galas dalam usaha menuju ke Putrajaya. lagi
Ketua AMK: Hasmi belum umum tanding tapi sertai debat khas
Telah terbit 8 September 2010 Uncategorized Leave a CommentHasmi Hashim yang pernah bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiga tahun lalu akan mengambil bahagian dalam debat calon sayap pemuda PKR itu, 18 September ini. “Saya mengumumkan persetujuan untuk hadir pada program Debat Calon Ketua AMK anjuran badan bukan kerajaan, UREKA,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan. Hasmi, 34, yang juga Ketua PKR Cabang Parit Sulong belum membuat keputusan muktamad setakat ini sama ada bertanding lagi kali ini merebut jawatan ketua AMK. Ketika dihubungi The Malaysian Insider sama ada ia petanda bahawa akan bertanding lagi jawatan ketua AMK, Hasmi berkata, “saya menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat tafsiran.” “Saya akan membuat pengumuman penting ketika itu dan dari semasa ke semasa,” kata Hasmi yang ditewaskan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin pada pemilihan 2007. Debat berkenaan akan dianjurkan pada 18 September di Taiping, Perak dan pertama kali diadakan melibatkan pertandingan tertinggi sesebuah parti dalam sejarah politik tanah air. Bahagian-bahagian PKR memulakan sidang perwakilan mereka pada 17 September ini. “Saya berasa bertanggungjawab hadir apabila cadangan mengadakan debat sedemikian datangnya daripada saya sendiri ketika kempen bertanding jawatan sama kira-kira tiga tahun lalu dalam Kongres AMK di Seremban. “Pentas berkenaan akan saya gunakan sebaiknnya untuk mengemukan agenda dan gagasan terbaik untuk masa depan AMK dan anak-anak muda Malaysia,” kata beliau. Hasmi berkata beliau mengalu-alukan agar debat ini dapat dianjurkan di negeri-negeri lain seluruh sebelum proses pemilihan berlangsung agar seluruh anggota AMK dapat membuat keputusan yang rasional bukan berasaskan emosi, sentimen atau arahan. “Dengan jayanya program bersejarah ini membuktikan bahawa Keadilan adalah sebuah parti yang bukan sahaja bersifat demokratik, tetapi menyediakan pentas ke arah nilai demokrasi berkenaan,” kata beliau. Pada 2007, Shamsul Iskandar dipilih sebagai Ketua AMK setelah mengalahkan Hasmi. Rabu lalu, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Mohd Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding jawatan ketua AMK kali ini. Ketua Ekskutif Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata keputusan menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan itu adalah dengan matlamat untuk melakukan satu perubahan dalam mendekati generasi muda. Beliau juga mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amirudin Shari yang juga Naib Ketua AMK akan bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua AMK yang kini disandang Fariz Musa sebagai anggota pasukannya. Khamis lalu, Hasmi memberitahu The Malaysian Insider bahawa akan mengumumkan pendiriannya sama ada bertanding lagi ataupun sebaliknya sebelum sambutan Aidilfitri.
Sumber : The Malaysian Insider
Semua persiapan berjalan lancar untuk program Debat Calon Ketua AMK yang akan berlangsung pada 18hb September ini. Dan apabila semuanya sudah diselesaikan, baru aku boleh cerita dengan lebih lanjut sebab aku tak mau canang lebih sangat, tapi akhirnya tak jadi.
Siapa dibelakang debat ini?
Idea untuk mengadakan debat ini sudah lama aku tulis dalam posting-posting yang lama. Setiap calon yang mahu menawarkan diri untuk memimpin, perlu berdepan dengan rakyat. Bukan dengan mengipas atau mengampu pemimpin atasan. Diperingkat awal, aku tak ada duit untuk menguruskan program ini dan meminta bantuan AMK Taiping dan Bukit Gantang untuk membantu. Kemudian timbul pula tuduhan mengatakan ini hanyalah medan untuk berkempen menyokong calon-calon yang disokong. Maka, kami bersepakat untuk tidak menggunakan nama AMK Taiping dan Bukit Gantang, dan diuruskan sepenuhnya oleh UREKA. Walaubagaimanapun, aku mengekalkan beberapa orang ahli AMK Taiping dan Bukit Gantang untuk membantu. Macam mana nak buat sorang-sorang? Aku pun untung, sebab bila orang komplen, depa semua join UREKA. Lagi
Pendaftaran Online Debat Calon Ketua AMK
Telah terbit 5 September 2010 Uncategorized Leave a CommentPendaftaran online boleh dibuat di sini
TERIKINI: Azaman Marjohan yg dipecat dikhabarkan dibenarkan bertanding kerana kes beliau masih dalam rayuan. sumber PERAKKUME
Ketua AMK Cabang Tg Malim..Azman Marjohan di pecat dariapda Parti Keadilan Rakyat..keputusan Lembaga Disiplin Parti itu disampaikan Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye dalam mesyuarat MPN Negeri Perak petang tadi..sebab-sebab pemecatan beliau masih belum dapat dipastikan..
Turut di pecat Ketua AMK Cabang Parit..Faizal Effendi Hasim..
Sdr Azman dijangka akan membuat satu sidang media esok bagi memohon penjelasan daripada Lembaga Displin mengapa beliau beliau dipecat
JAWATANKUASA PENGANJUR
Debat Calon Ketua AMK Pusat Sesi 2010-2013
PENAUNG
YB Abdul Yunus Bin Jamhari
Ketua AMK Negeri Perak
PENASIHAT
Mat Saman Kati@MSK
Pengerusi/Founder UREKA
PENGERUSI
Ahmad Zakuwan Bin Othman Zailu
Aktivis UREKA
TIMBALAN PENGERUSI
Khairul Azman Bin Ahmad
Ketua AMK Cabang Bukit Gantang
Addy Sham Bin Jaafar
Ketua AMK Cabang Taiping
SAMBUTAN/PROTOKOL/KUDAPAN
Abdul Halim Bin Sabu
Yusmizan Bin Md Yusof
PENDAFTARAN
AMK Cabang Taiping
PERBAHASAN/MODERATOR
Mohamad Afandi Bin Ahmad (MSK)
PERCETAKAN & DOKUMENTASI
Non Janggut a.k.a soul flyers
SIARAYA/RAKAMAN AUDIO VISUAL
UREKA Team Broadcast
LOGISTIK & PENATAAN DEWAN
Khairul Azman Ahmad
MEDIA
AMK Cabang Bukit Gantang
KESELAMATAN
Norizam Bin Ab Rashaid
Tentatif Program
8.00 pm Pendaftaran Peserta/Bloggers/Media
8.15 pm Ketibaan Ahli Panel Debat
8.30 pm Ucapan Perasmian Penaung
YB Abdul Yunus Jamhari-Ketua AMK Negeri Perak
8.45 pm Sesi 1 : DEBAT
10.00 pm Rehat/Kudapan
10.15 pm Sesi 2 Debat
11.30 pm Bersurai
Aturan/Konsep DEBAT
Sesi 1 – 1. Salam Perkenalan
2. Pidato
Tajuk : “Memimpin Harapan Anak Muda : Misi & Visi”
Ruang masa 15-20 minit diberikan setiap seorang.
Sesi 2 – 1. Soal Jawab
Bersama Ahli Akar Umbi/Bloggers
Moderator : Matsamankati (MSK)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Edy Sham 019-5563306
lagi gambar UMNO guna masjid utk kepentingan parti
Telah terbit 28 Ogos 2010 Uncategorized Leave a CommentUmno Bahagian Taiping melalui ketua bahagiannya, Dato Shalimin Ahmad Shafie boleh didakwa telah menyalahgunakan masjid demi keuntungan politik apabila terang-terangan membuat program anjuran parti di dalam sebuah masjid di Masjid Jamek Kampung Boyan Taiping semalam (Khamis, 26 Ogos 2010).. lagi
AMK Perak membidas tindakan Adam Haris Abdullah menggunakan nama AMK dan Parti Keadilan Rakyat dalam laporan polis yang dibuatnya semalam. Beliau sebenarnya telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua AMK Cabang Kuala Kangsar sejak tahun 2009 lagi dan ini disahkan oleh Ketua AMK dan Ketua Cabang Kuala Kangsar sekarang.
AMK Perak memandang serius perkara ini kerana sejak akhir-akhir ini ramai bekas pimpinan serta anggota yang telah meletak jawatan, keluar parti atau melompat parti dengan sewenang-wenangnya menjaja nama Parti Keadilan Rakyat untuk menarik perhatian media.
Kita tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya beliau terus mengguna dan memperalatkan nama AMK bagi memenuhi agenda politik beliau memburuk-buruk dan melempar fitnah terhadap pimpinan parti.
Kita mempertikaikan motif sebenar beliau membuat laporan polis terhadap MS Arjunan seolah-olah beliau membela Timbalan Menteri Barisan Nasional Datuk M Saravanan padahal kononya beliau mewakili anggota AMK.
Sekiranya tuduhan MS Arjunan itu mengaitkan Timbalan Menteri berkenaan terbabit dalam kegiatan pelacuran, dadah dan gangsterime itu palsu biarlah pihak polis menjalankan siasatan kerana laporan telahpun dibuat.
Kita kenal siapa Adam Haris, beliau adalah alat kepada Barisan Nasional. Baru-baru ini beliau berkomplot dengan salah seorang ADUN Bebas untuk menarik keluar Ketua-Ketua AMK Cabang dengan rasuah wang dan projek.
Malangnya projek mereka terbengkalai akibat pendedahan salah seorang Ketua AMK Cabang yang terlibat. Laporan salahlaku disiplin ke atas Adam Haris telahpun berada di peringkat Jawatankuasa Disiplin Parti untuk tindakan tegas termasuk pemecatan.
Berdasarkan laporan Sinar Harian kelmarin, kehadiran beliau membuat laporan polis bersama Fauzi Muda iaitu bekas Ketua Cabang Ipoh Barat membuktikan segala-galanya. Mereka ini semuanya adalah “pelacur politik” yang menjadi tali barut UMNO yang dulunya cuba merosakkan Parti Keadilan Rakyat dari dalam tetapi gagal dan akhirnya terbuang.
AMK Perak juga menegur akhbar Sinar Harian kerana secara melulu menggunakan nama AMK dan Parti tanpa merujuk kepada pihak pimpinan parti yang sepatutnya boleh membuat pengesahan. Sekian.
YB ABDUL YUNUS B JAMHARI
KETUA AMK PERAK
MAJLIS HI-TEA TERTUTUP BERSAMA DATO’ ZAID IBRAHIM
Telah terbit 28 Julai 2010 Uncategorized Leave a CommentTARIKH :01 OGOS 2010
JAM: 3.00 PETANG
TEMPAT: HOTEL HILLCITY, IPOH
ANJURAN ANGKATAN MUDA KEADILAN PERAK
…TEMPAT AMAT TERHAD
YANG BERMINAT SILA HUBUNGI
YB SDR ABDUL YUNUS B JAMHARI 012-4133260
SDR ROMOHADI B ROSE 019-57200676
