Arkib untuk Ogos 2010

Terkini:Ketua AMK Tanjung Malim DiPecat

TERIKINI: Azaman Marjohan yg dipecat dikhabarkan dibenarkan bertanding kerana kes beliau masih dalam rayuan. sumber PERAKKUME

Ketua AMK Cabang Tg Malim..Azman Marjohan di pecat dariapda Parti Keadilan Rakyat..keputusan Lembaga Disiplin Parti itu disampaikan Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye dalam mesyuarat MPN Negeri Perak petang tadi..sebab-sebab pemecatan beliau masih belum dapat dipastikan..

Turut di pecat Ketua AMK Cabang Parit..Faizal Effendi Hasim..

Sdr Azman dijangka akan membuat satu sidang media esok bagi memohon penjelasan daripada Lembaga Displin mengapa beliau beliau dipecat

Debat Bersama Calon Ketua AMK Pusat

JAWATANKUASA PENGANJUR
Debat Calon Ketua AMK Pusat Sesi 2010-2013

PENAUNG
YB Abdul Yunus Bin Jamhari
Ketua AMK Negeri Perak

PENASIHAT
Mat Saman Kati@MSK
Pengerusi/Founder UREKA

PENGERUSI
Ahmad Zakuwan Bin Othman Zailu
Aktivis UREKA

TIMBALAN PENGERUSI
Khairul Azman Bin Ahmad
Ketua AMK Cabang Bukit Gantang
Addy Sham Bin Jaafar
Ketua AMK Cabang Taiping

SAMBUTAN/PROTOKOL/KUDAPAN
Abdul Halim Bin Sabu
Yusmizan Bin Md Yusof

PENDAFTARAN
AMK Cabang Taiping

PERBAHASAN/MODERATOR
Mohamad Afandi Bin Ahmad (MSK)

PERCETAKAN & DOKUMENTASI
Non Janggut a.k.a soul flyers

SIARAYA/RAKAMAN AUDIO VISUAL
UREKA Team Broadcast

LOGISTIK & PENATAAN DEWAN
Khairul Azman Ahmad

MEDIA
AMK Cabang Bukit Gantang

KESELAMATAN
Norizam Bin Ab Rashaid

Tentatif Program

8.00 pm Pendaftaran Peserta/Bloggers/Media
8.15 pm Ketibaan Ahli Panel Debat
8.30 pm Ucapan Perasmian Penaung
YB Abdul Yunus Jamhari-Ketua AMK Negeri Perak
8.45 pm Sesi 1 : DEBAT
10.00 pm Rehat/Kudapan
10.15 pm Sesi 2 Debat
11.30 pm Bersurai

Aturan/Konsep DEBAT

Sesi 1 – 1. Salam Perkenalan

2. Pidato
Tajuk : “Memimpin Harapan Anak Muda : Misi & Visi”
Ruang masa 15-20 minit diberikan setiap seorang.

Sesi 2 – 1. Soal Jawab
Bersama Ahli Akar Umbi/Bloggers

Moderator : Matsamankati (MSK)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Edy Sham 019-5563306

lagi gambar UMNO guna masjid utk kepentingan parti

Umno Bahagian Taiping melalui ketua bahagiannya, Dato Shalimin Ahmad Shafie boleh didakwa telah menyalahgunakan masjid demi keuntungan politik apabila terang-terangan membuat program anjuran parti di dalam sebuah masjid di Masjid Jamek Kampung Boyan Taiping semalam (Khamis, 26 Ogos 2010)..  lagi

ADAM HARIS SALAHGUNA NAMA AMK

 AMK Perak membidas tindakan Adam Haris Abdullah menggunakan nama AMK dan Parti Keadilan Rakyat dalam laporan polis yang dibuatnya semalam. Beliau sebenarnya telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua AMK Cabang Kuala Kangsar sejak tahun 2009 lagi dan ini disahkan oleh Ketua AMK dan Ketua Cabang Kuala Kangsar sekarang.

AMK Perak memandang serius perkara ini kerana sejak akhir-akhir ini ramai bekas pimpinan serta anggota yang telah meletak jawatan, keluar parti atau melompat parti dengan sewenang-wenangnya menjaja nama Parti Keadilan Rakyat untuk menarik perhatian media.

Kita tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya beliau terus mengguna dan memperalatkan nama AMK bagi memenuhi agenda politik beliau memburuk-buruk dan melempar fitnah terhadap pimpinan parti.

Kita mempertikaikan motif sebenar beliau membuat laporan polis terhadap MS Arjunan seolah-olah beliau membela Timbalan Menteri Barisan Nasional Datuk M Saravanan padahal kononya beliau mewakili anggota AMK.

Sekiranya tuduhan MS Arjunan itu mengaitkan Timbalan Menteri berkenaan terbabit dalam kegiatan pelacuran, dadah dan gangsterime itu palsu biarlah pihak polis menjalankan siasatan kerana laporan telahpun dibuat.

Kita kenal siapa Adam Haris, beliau adalah alat kepada Barisan Nasional. Baru-baru ini beliau berkomplot dengan salah seorang ADUN Bebas untuk menarik keluar Ketua-Ketua AMK Cabang dengan rasuah wang dan projek.

Malangnya projek mereka terbengkalai akibat pendedahan salah seorang Ketua AMK Cabang yang terlibat. Laporan salahlaku disiplin ke atas Adam Haris telahpun berada di peringkat Jawatankuasa Disiplin Parti untuk tindakan tegas termasuk pemecatan.

Berdasarkan laporan Sinar Harian kelmarin, kehadiran beliau membuat laporan polis bersama Fauzi Muda iaitu bekas Ketua Cabang Ipoh Barat membuktikan segala-galanya. Mereka ini semuanya adalah “pelacur politik” yang menjadi tali barut UMNO yang dulunya cuba merosakkan Parti Keadilan Rakyat dari dalam tetapi gagal dan akhirnya terbuang.

AMK Perak juga menegur akhbar Sinar Harian kerana secara melulu menggunakan nama AMK dan Parti tanpa merujuk kepada pihak pimpinan parti yang sepatutnya boleh membuat pengesahan. Sekian.

YB ABDUL YUNUS B JAMHARI

KETUA AMK PERAK



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.