PERLETAKAN JAWATAN KETUA AMK PERAK

Dengan rendah hati saya YB Yunus Jamhari akan melepaskan jawatan sebagai Ketua AMK Perak dan seterusnya membubarkan Jawatankuasa AMK Negeri sesi 2009 – 2010 bagi semua jawatan lantikan berkuatkuasa 1 Disember 2010. Tindakan ini diambil bagi memberi ruang kepada barisan pelapis dibawah umur 35 tahun memimpin AMK Negeri dan seterusnya fokus kepada persediaan menghadapi PRU 13.

Debat Calon Ketua AMK Pusat Platform Menilai Kualiti Kepimpinan

SHAH ALAM 8 Sept – Program Debat Calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat yang akan diadakan 18 September depan dilihat sebagai platform bagi ahli sayap parti tersebut membuat penilaian mereka terhadap kualiti dan nilai bakal calon yang akan beradu nasib untuk merebut jawatan Ketua AMK Pusat. Debat anjuran badan bukan kerajaan, Ureka yang akan berlangsung 18 September depan di Taping, Perak memberi peluang kepada ahli AMK untuk mendengar idea calon terbabit berhubung falsafah perjuangan yang mereka galas dalam usaha menuju ke Putrajaya. lagi

Ketua AMK: Hasmi belum umum tanding tapi sertai debat khas

Hasmi Hashim yang pernah bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiga tahun lalu akan mengambil bahagian dalam debat calon sayap pemuda PKR itu, 18 September ini. “Saya mengumumkan persetujuan untuk hadir pada program Debat Calon Ketua AMK anjuran badan bukan kerajaan, UREKA,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan. Hasmi, 34, yang juga Ketua PKR Cabang Parit Sulong belum membuat keputusan muktamad setakat ini sama ada bertanding lagi kali ini merebut jawatan ketua AMK. Ketika dihubungi The Malaysian Insider sama ada ia petanda bahawa akan bertanding lagi jawatan ketua AMK, Hasmi berkata, “saya menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat tafsiran.” “Saya akan membuat pengumuman penting ketika itu dan dari semasa ke semasa,” kata Hasmi yang ditewaskan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin pada pemilihan 2007. Debat berkenaan akan dianjurkan pada 18 September di Taiping, Perak dan pertama kali diadakan melibatkan pertandingan tertinggi sesebuah parti dalam sejarah politik tanah air. Bahagian-bahagian PKR memulakan sidang perwakilan mereka pada 17 September ini. “Saya berasa bertanggungjawab hadir apabila cadangan mengadakan debat sedemikian datangnya daripada saya sendiri ketika kempen bertanding jawatan sama kira-kira tiga tahun lalu dalam Kongres AMK di Seremban. “Pentas berkenaan akan saya gunakan sebaiknnya untuk mengemukan agenda dan gagasan terbaik untuk masa depan AMK dan anak-anak muda Malaysia,” kata beliau. Hasmi berkata beliau mengalu-alukan agar debat ini dapat dianjurkan di negeri-negeri lain seluruh sebelum proses pemilihan berlangsung agar seluruh anggota AMK dapat membuat keputusan yang rasional bukan berasaskan emosi, sentimen atau arahan. “Dengan jayanya program bersejarah ini membuktikan bahawa Keadilan adalah sebuah parti yang bukan sahaja bersifat demokratik, tetapi menyediakan pentas ke arah nilai demokrasi berkenaan,” kata beliau. Pada 2007, Shamsul Iskandar dipilih sebagai Ketua AMK setelah mengalahkan Hasmi. Rabu lalu, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Mohd Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding jawatan ketua AMK kali ini. Ketua Ekskutif Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata keputusan menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan itu adalah dengan matlamat untuk melakukan satu perubahan dalam mendekati generasi muda. Beliau juga mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amirudin Shari yang juga Naib Ketua AMK akan bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua AMK yang kini disandang Fariz Musa sebagai anggota pasukannya. Khamis lalu, Hasmi memberitahu The Malaysian Insider bahawa akan mengumumkan pendiriannya sama ada bertanding lagi ataupun sebaliknya sebelum sambutan Aidilfitri.

Sumber : The Malaysian Insider

Debat Calon AMK Perak

Semua persiapan berjalan lancar untuk program Debat Calon Ketua AMK yang akan berlangsung pada 18hb September ini. Dan apabila semuanya sudah diselesaikan, baru aku boleh cerita dengan lebih lanjut sebab aku tak mau canang lebih sangat, tapi akhirnya tak jadi.

Siapa dibelakang debat ini?

Idea untuk mengadakan debat ini sudah lama aku tulis dalam posting-posting yang lama. Setiap calon yang mahu menawarkan diri untuk memimpin, perlu berdepan dengan rakyat. Bukan dengan mengipas atau mengampu pemimpin atasan. Diperingkat awal, aku tak ada duit untuk menguruskan program ini dan meminta bantuan AMK Taiping dan Bukit Gantang untuk membantu. Kemudian timbul pula tuduhan mengatakan ini hanyalah medan untuk berkempen menyokong calon-calon yang disokong. Maka, kami bersepakat untuk tidak menggunakan nama AMK Taiping dan Bukit Gantang, dan diuruskan sepenuhnya oleh UREKA. Walaubagaimanapun, aku mengekalkan beberapa orang ahli AMK Taiping dan Bukit Gantang untuk membantu. Macam mana nak buat sorang-sorang? Aku pun untung, sebab bila orang komplen, depa semua join UREKA. Lagi

Pendaftaran Online Debat Calon Ketua AMK

Pendaftaran online boleh dibuat di sini

Terkini:Ketua AMK Tanjung Malim DiPecat

TERIKINI: Azaman Marjohan yg dipecat dikhabarkan dibenarkan bertanding kerana kes beliau masih dalam rayuan. sumber PERAKKUME

Ketua AMK Cabang Tg Malim..Azman Marjohan di pecat dariapda Parti Keadilan Rakyat..keputusan Lembaga Disiplin Parti itu disampaikan Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye dalam mesyuarat MPN Negeri Perak petang tadi..sebab-sebab pemecatan beliau masih belum dapat dipastikan..

Turut di pecat Ketua AMK Cabang Parit..Faizal Effendi Hasim..

Sdr Azman dijangka akan membuat satu sidang media esok bagi memohon penjelasan daripada Lembaga Displin mengapa beliau beliau dipecat

Debat Bersama Calon Ketua AMK Pusat

JAWATANKUASA PENGANJUR
Debat Calon Ketua AMK Pusat Sesi 2010-2013

PENAUNG
YB Abdul Yunus Bin Jamhari
Ketua AMK Negeri Perak

PENASIHAT
Mat Saman Kati@MSK
Pengerusi/Founder UREKA

PENGERUSI
Ahmad Zakuwan Bin Othman Zailu
Aktivis UREKA

TIMBALAN PENGERUSI
Khairul Azman Bin Ahmad
Ketua AMK Cabang Bukit Gantang
Addy Sham Bin Jaafar
Ketua AMK Cabang Taiping

SAMBUTAN/PROTOKOL/KUDAPAN
Abdul Halim Bin Sabu
Yusmizan Bin Md Yusof

PENDAFTARAN
AMK Cabang Taiping

PERBAHASAN/MODERATOR
Mohamad Afandi Bin Ahmad (MSK)

PERCETAKAN & DOKUMENTASI
Non Janggut a.k.a soul flyers

SIARAYA/RAKAMAN AUDIO VISUAL
UREKA Team Broadcast

LOGISTIK & PENATAAN DEWAN
Khairul Azman Ahmad

MEDIA
AMK Cabang Bukit Gantang

KESELAMATAN
Norizam Bin Ab Rashaid

Tentatif Program

8.00 pm Pendaftaran Peserta/Bloggers/Media
8.15 pm Ketibaan Ahli Panel Debat
8.30 pm Ucapan Perasmian Penaung
YB Abdul Yunus Jamhari-Ketua AMK Negeri Perak
8.45 pm Sesi 1 : DEBAT
10.00 pm Rehat/Kudapan
10.15 pm Sesi 2 Debat
11.30 pm Bersurai

Aturan/Konsep DEBAT

Sesi 1 – 1. Salam Perkenalan

2. Pidato
Tajuk : “Memimpin Harapan Anak Muda : Misi & Visi”
Ruang masa 15-20 minit diberikan setiap seorang.

Sesi 2 – 1. Soal Jawab
Bersama Ahli Akar Umbi/Bloggers

Moderator : Matsamankati (MSK)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Edy Sham 019-5563306